|
Written by www.pengakap.my
|
|
Friday, 09 May 2008 |
|
Salam pengakap....... Saya dengan inisetif sendiri telah mendaftarkan second level domain malaysia (.my) yang telah dilancarkan pada bulan lepas. Alamat domain yang saya berjaya perolehi adalah www.pengakap.my manakala untuk www.scout.my telah didaftarkan oleh pengakap dari pulau pinang. Tujuan saya mendaftarkan domain berkenaan untuk mengelakkan ianya jatuh ke tangan pihak yang mungkin akan menyalah gunakan domain berkenaan. Buat masa ini domain berkenaan belum lagi saya 'park' ke mana2 webside. Sekiranya saya mempunyai sumber kewangan yang mencukupi saya bercadang untuk memberi sumbangan kepada pembangunan pengakap dengan menghosting web-web pengakap daerah, negeri, kumpulan yang kebanyakkannya berselerak dan dihostingkan di free web base seperti blogspot, myspace, friendster, wordpress dan lain-lain. Dengan adanya domain ini maka nama web seperti quberscout.blogspot.com boleh ditukar kepada quberscout.pengakap.my atau www.pengakap.my/quberscout. Dan nama2 domain seperti www.sabah.pengakap.my atau www.pengakap.my/sabah boleh kita wujudkan dan diseragamkan. Bagi membolehkan maklumat mengenai aktiviti pengakap dihebahkan keserata tanahair. Ataupun domain ini boleh disumbangkan kepada ibupejabat sebagai web rasmi pengakap malaysia??? Sila beri cadangan..... di bahagian forum bagaimana kita dapat menggunakan domain ini untuk kemajuan pengakap malaysia. Thanks |
|
Last Updated ( Friday, 09 May 2008 )
|
|
|
Written by Scout Keningau
|
|
Thursday, 06 March 2008 |
Tarikh : 23 hingga 27 Mei 2008 Tempat : Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman.
Syarat Penyertaan: - Setiap Ahli Pengakap perlu mengisi Borang Penyertaan Kempori Individu ( KPJ 1[A] ) yang diedarkan.
- Mendapat kebenaran ibu / bapa / penjaga.
- Mendapat kebenaran dan sokongan dari Pengetua Sekolah.
- Mendapat sokongan dari Pesuruhjaya Pengakap Daerah / Negeri.
- Semua peserta hendaklah sihat fizikal dan mental serta tidak mempunyai penyakit kronik.
- Peserta mesti sanggup menjalani aktiviti lasak serta bermalam di dalam khemah.
- Peserta dikehendaki menjelaskan bayaran pendaftaran seperti berikut: Pemimpin, Pengakap Muda, Pengakap Remaja, Pengakap Kelana : RM 50.00
- Bayaran pendaftaran adalah meliputi Baju T, Skaf, Lencana Kempori, Kad Nama Kempori, Kad Aktiviti dan sijil penyertaan.
- Perbelanjaan Makan, Minum dan Pengangkutan adalah tanggungjawab kumpulan/sekolah masing-masing.
- Semua peserta yang ingin menyertai kempori ini diminta mengembalikan Borang penyertaan Individu kepada Pemimpin Kumpulan.
- Pemimpin kumpulan perlu mengembalikan Borang Penyertaan Individu (KPJ 1[A]), Borang Pendaftaran Berkelompok (KPJ 1[B]) bersama bayaran pendaftaran sebelum atau pada 28 Mac 2008 kepada Urusetia Kempori untuk melicinkan urusan pentadbiran kempori.
- Semua bayaran secara wang pos atau cek hendaklah dibuat atas nama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Terengganu.
- Sila kembalikan Borang (KPJ 1[A] & KPJ 1[B]) bersama wang pendaftaran pada atau sebelum 28 Mac 2008 kepada:
Encik Rosley bin Mat Hasan, Pen. Pesuruhjaya Pengakap(Ibupejabat/Kelana) Negeri Terengganu, d/a SK Bukit Perah, 21800 Ajil, Terengganu Darul Iman. 013-966 8532 /
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
”KEPENGAKAPAN MEMPERKASA MODAL INSAN” |
|
|
23rd ASIA-PACIFIC REGIONAL SCOUT CONFERENCE |
|
|
|
|
Written by Scout Keningau
|
|
Wednesday, 05 March 2008 |
23rd ASIA-PACIFIC REGIONAL SCOUT CONFERENCE 
26 October - 1 November 2009 Kuala Lumpur, Malaysia The 23rd APR Scout Conference will be hosted by Persekutan Pengakap Malaysia from 26th of October 2009 to 1st of November 2009 in capital city Kuala Lumpur. The conference assures of convenient facilities and wonderful service giving the participants only the best of Malaysian hospitality. The previous conference was held in Tokyo, Japan with more than 589 people attended. 6th APR Scout Youth Forum 21 – 24 October 2009 APR Course for Leader Trainers 19 – 25 October 2009 |
|
Last Updated ( Wednesday, 05 March 2008 )
|
|
|
KELANAdotORG IS BACK...... |
|
|
|
|
Written by kelana
|
|
Tuesday, 26 February 2008 |
PERHATIAN !!!!! PIHAK ADMIN KELANAdotORG MEMOHON MAAF DISEBABKAN WEB KOMUNITI INI DOWN HAMPIR 3 MINGGU. INI ADALAH DISEBABKAN HOSTING SERVER KELANAdotORG DISERANG DDos SEHINGGA HAMPIR KESELURUHAN SERVER ROSAK. PIHAK ADMIN PADA MASA INI MASIH LAGI BERUSAHA UNTUK MENDAPATKAN SUMBER KEWANGAN BAGI MEMBELI HOSTING SENDIRI AGAR PERKARA INI TIDAK BERLAKU LAGI DI MASA-MASA AKAN DATANG. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA.. - Admin |
|
|
Written by Scout Keningau
|
|
Monday, 04 February 2008 |
|
Pihak kelana.org ingin mengucapkan selamat menyambung tahun baru cina kepada seluruh warga pengakap yang merayakannya. Semoga Tahun ini lebih bermakna dan memperolehi kejayaan. |
|
|
JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR 2008 |
|
|
|
|
Written by a
|
|
Tuesday, 22 January 2008 |
|
JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR 2008 
Keputusan Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Negeri Johor kali ke-3 2007, telah menetapkan Jambori Antarabangsa Johor kali ke-24 akan diadakan pada 18 hingga 23 Ogos 2008 bertempat di Kem Jubli Intan Tanjung Laboh, Batu Pahat. Jemputlah datang beramai-ramai untuk mengeratkan "Persaudaraan Pengakap". |
|
Last Updated ( Monday, 04 February 2008 )
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>
|
| Results 1 - 10 of 28 |