|
Written by Scout Keningau
|
|
Thursday, 06 March 2008 |
Tarikh : 23 hingga 27 Mei 2008 Tempat : Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman.
Syarat Penyertaan: - Setiap Ahli Pengakap perlu mengisi Borang Penyertaan Kempori Individu ( KPJ 1[A] ) yang diedarkan.
- Mendapat kebenaran ibu / bapa / penjaga.
- Mendapat kebenaran dan sokongan dari Pengetua Sekolah.
- Mendapat sokongan dari Pesuruhjaya Pengakap Daerah / Negeri.
- Semua peserta hendaklah sihat fizikal dan mental serta tidak mempunyai penyakit kronik.
- Peserta mesti sanggup menjalani aktiviti lasak serta bermalam di dalam khemah.
- Peserta dikehendaki menjelaskan bayaran pendaftaran seperti berikut: Pemimpin, Pengakap Muda, Pengakap Remaja, Pengakap Kelana : RM 50.00
- Bayaran pendaftaran adalah meliputi Baju T, Skaf, Lencana Kempori, Kad Nama Kempori, Kad Aktiviti dan sijil penyertaan.
- Perbelanjaan Makan, Minum dan Pengangkutan adalah tanggungjawab kumpulan/sekolah masing-masing.
- Semua peserta yang ingin menyertai kempori ini diminta mengembalikan Borang penyertaan Individu kepada Pemimpin Kumpulan.
- Pemimpin kumpulan perlu mengembalikan Borang Penyertaan Individu (KPJ 1[A]), Borang Pendaftaran Berkelompok (KPJ 1[B]) bersama bayaran pendaftaran sebelum atau pada 28 Mac 2008 kepada Urusetia Kempori untuk melicinkan urusan pentadbiran kempori.
- Semua bayaran secara wang pos atau cek hendaklah dibuat atas nama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Terengganu.
- Sila kembalikan Borang (KPJ 1[A] & KPJ 1[B]) bersama wang pendaftaran pada atau sebelum 28 Mac 2008 kepada:
Encik Rosley bin Mat Hasan, Pen. Pesuruhjaya Pengakap(Ibupejabat/Kelana) Negeri Terengganu, d/a SK Bukit Perah, 21800 Ajil, Terengganu Darul Iman. 013-966 8532 /
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
”KEPENGAKAPAN MEMPERKASA MODAL INSAN”
|