| Pengakap Menyelamatkan Nyawa Pemimpin |
|
|
|
| Written by Scout Keningau | |
| Friday, 18 January 2008 | |
|
COLOMBO: Seorang pengakap berusia 15 tahun menggagalkan percubaan seorang lelaki yang hendak membunuh Presiden Maldives, Encik Maumoon Abdul Gayoom, dengan menggunakan sebilah pisau semalam,kata para pegawai. Tangan budak lelaki itu cedera semasa bergelut dan menangkis pisau lelaki itu. Tetapi penyerang tersebut dapat ditangkap.Tindakan berani Mohamed Jaisham itu telah menyelamatkan nyawa Presiden Gayoom. Serangan berlaku di pulau Hoarafushi,sewaktu Encik Gayoom menemui para penyokong beliau selepas merasmikan sebuah projek tenaga. Presiden Gayoom sedang bersalaman dengan orang ramai apabila lelaki pengaggur berusia 20 tahun itu mengeluarkan sebilah pisau lalu cuba menikam perut beliau,kata Menteri Penerangan, Encik Mohamed Nasheed,kepada AFP menerusi telefon. Tetapi budak pengakap berusia 15 tahun menerkam lelaki itu dan menahan pisaunya. "Presiden tidak cedera tetapi pisau mengnai bajunya. Ia memang satu percubaan hendak membunuh beliau,"kata jurucakap presiden,Encik Mohamed Hussain Shareef. Penyerang dikenal pasti sebagai Mohamed Murshid,seorang penganggur yang tidak ada rekod jenayah sebelum ini,kata beliau.Presiden Gayoom,yang juga Ketua Pengakap Maldives,mengucapkan terima kasih kepad budak pengakap itu kerana menyelamatkan nyawa beliau. "Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Mohamed Jaisham kerana saya terselamat,"kata Encik Gayoom dalam satu ucapan ke seluruh negara menerusi radio selepas insiden itu.Penolong ketua polis,Encik Abdulla Riyaz,berkata penyerang itu kini sedang disoal siasat. "Masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada dia ada kaitan dengan kumpulan militan,"kata beliau. -AP,AFP Reuters.
p/s saya bangga mengaku diri sebagai pengakap |
|
| Last Updated ( Monday, 04 February 2008 ) |
| < Prev | Next > |
|---|






































